8342937059

8342937059



PEMBANGUNAN SISTEM PERIADANGAN: KEARAH PENGGUNAAN SUM BER SECARA OPTIMUM

dan 20 hektar. Hanya keluasan lanah atau ladang diubah tetapi faktor modal dan buruh ditetapkan. Keputusan yang dipcroleh ialah seperti beri kut.

a)    Muar

j Untuk keluasan lanah 3 hektar, kombinasi bidangusaha yang optimum ialah tanaman jangka pendek, ternakan kambing dan biri-biri sebanyak 28 ekor scrta seekor lembu daging dan ia meng-hasilkan pendapatan sebanyak $22,430 setahun ijadual 9).

Apabila keluasan dilambah kepada 5 hektar, keluasan bagi tanaman jangka pendek meningkat kepada 4.40 hektar, kelapa sawit seluas 0.59 hektar I yangdisertai dengan ternakan lembu daging. Ini mcmbolehkan pendapatan meningkat kepada J28,95l setahun.

Untuk keluasan 10 hektar, keluasan tanaman kelapa sawit tenis meningkat kepada 6.75 Jiektar tetapi tanaman jangka pendek berkurangan kepada 3.24 hektar kerana tanaman jangka pendek me-mcrlukan buruh yang lebih berbanding dengan kelapa sawit. Kombinasi ini menghasilkan pendapatan $33,796 setahun.

Kombinasi bidangusaha telah bertambah untuk keluasan lanah 15 hektar, iaitu kelapa sawit sebanyak 12.32 hektar, tanaman jangka pendek 1.58 hektar seria koko 1.11 hektar. Kombinasi berkenaan rnanipu menghasilkan pendapatan sebanyak $37,554 setahun. Untuk keluasan maksimum 20 hektar, hanya koko dan kelapa sawit sahaja merupakan kombinasi bidangusaha yang optimum dan ia menghasilkan pendapatan sebanyak $40,384 setahun.

b)    Sepang

jadual9 jugamenunjukkan perubahan kepada SPO apabila saiz tanah diubah di Sepang. Untuk keluasan tanah sebanyak 3 hektar kombinasi bidang usaha yang optimum ialah 0.65 hektar untuk koko dan 2.34 hektar untuk sayur-sayuran. Kombinasi ini menghasilkan pendapatan sebanyak $26,655 setahun. Apabila keluasan terus dilambah kepada 5, 10, 15 dan 20 hektar, keluasan tanaman koko terus meningkat iaitu dari 2.91, 8.57, 13.03 tetapi kemudian berkurangan kepada 11.17 hektar. Sementara itu keluasan sayur-sayuran terus berkurangan sehingga 0.71 hektar di keluasan 15 hektar dan ianya terkeluar dari sistem apabila saiz. tanah meningkat kepada 20 hektar. Keadaan ini berlaku kerana untuk menghasilkan pendapatan maksimum, tanaman sayuran memerlukan modal dan buruh yang lebih banyak berbanding dengan tanaman koko. Untuk keluasan 20 hektar, kombinasi

bidangusaha yang optimum ialah 11.17 hektar koko dan 7.00 hektar kelapa sawit. Sistem ini menghasilkan pendapatan sebanyak 537,343 setahun.

c) Jerantut

Jadual 9 juga menunjukkan kesan perubahan SPO di Jerantut. Kombinasi bidangusaha kelapa sawit bersama ternakan lembu daging dapat meng-hasilkan pendapatan 56,713 setahun bagi ladang seluas 3 hektar.

Apabila keluasan di tam bab kepada 5 hektar, kombinasi yang sama diperoleb iaitu kelapa sawit dan ternakan lembu daging. Pendapatan maksimumnya ialah sebanyak 58.040 setahun.

Tetapi bagi keluasan 10, 15 dan 20 hektar hanya bidangusaha buah-buahan yang optimum diusahakan. Keluasan bidangusaha tidak berubah lagi selepas 10 hektar. Ini bermakna modal dan buruh yang terdapat di daerah Jerantut hanya sesuai bagi keluasan 10 hektar sebagai keluasan maksimum. Pada lahap ini keluasan tanaman buah-buahan yang optimum ialah 9.86 hektar dan pendapatan ialah 510,983 setahun.

PERBINCANGAN DAN KESlMPULAN

JikaSPS masih dijalankan, hanya pekebun-pckebun kecil di Sepang sahaja memperoleh pendapatan melebihi paras pendapatan isirumah miskin (diandaikan sebanyak 5385 sebulan). Manakala pekebun kecil di Muar dan Jerantut berada di bawah paras berkenaan. Keadaan ini berlaku kerana majoriti pekebun kecil merupakan golongan tua (lebih dari pada 60 peratus bagi ketiga-tiga daerah kajian berada di dałam lingkungan umur41 hingga 70 tabun). Oleh itu tenaga buruh yang digunakan adalah kurang produktif dan kurang berpengetahuan kerana ramai di antara mereka tidak pernah bersckolah. Tambahan pula mereka tinggaldi luarbandar (84.0,92.9 dan 100.0 peratus masing-masing bagi daerah Muar, Sepang dan Jerantut). Keadaan ini serba sedikit menyukarkan pemasaran hasil keluaran pertanian dan penerimaan idea baru dałam bidang teknologi pertanian yang disebarkan oleh agen-agen pengembangan.

Melalui SPO, pendapatan para pekebun kecil dapat ditingkatkan beberapa kali, iaitu dengan menggunakan semua input pertanian yang sedia ada seperti modal. buruh dan tanah. Apabila pendapatan dapat ditingkatkan, taraf hidup pekebun kecil akan dapat diperbaharui dan seterusnya kemiskinan dapat dikurangkan.

107


PERTANIKAYOL. 14N0.1, 1991



Wyszukiwarka

Podobne podstrony:
PEMBANGUNAN SISTKM PERIADANGAN: KEARAH PENGGUNAAN SEMBER SECARA OPTIMUM JADU AL 5 Matrik asas bagi s
Pcrtanika 14(1). 101-109(1991)Pembangunan Sistem Perladangan:Kearah Penggunaan Sumber Secara Optimum
PEMBANGUNAN SISTEM PERLADANGAN: KEARAH PENGGUNAAN SUMBER SECARA OPTIMUM buahan, kelapa dan tanaman j
filozofia004 20.    Homo sum; humani nił a me alienum puto(Człowiekiem jestem; nic, c
furby kolorowanka (22) 6 4 a2. BIRTHPAY BLOW-OUT Comect tlić dot& in min ber order to aee a bi
image053 Kam ber oł the Firat Co-ordinate. Second Co-ordiaate Star. Óbservcd- Calculated.
Monika Biedrzycka Uniwersytet Pedagogiczny im. KEN w Krakowie I SUM Pedagogika SpecjalnaSylwetka ide

więcej podobnych podstron