8342937145

8342937145



PEMBANGUNAN SISTEM


PERLADANGAN: KEARAH PENGGUNAAN SUMBER SECARA OPTIMUM

buahan, kelapa dan tanaman jangka pendek se-perii jagung, kacang tanah dan keledek.

Luasdaerahjerantut ialah Iebih kurang 756,017 hektar, tetapi tanah yang sesuai untuk pertanian hanya 302,597 hektar. Kawasan yang diusahakan untuk pertanian sekarang ialah 83,266 hektar. Penduduknya berjumlah seramai 68,033 orang dan kcluarga taninya seramai 4,863 orang. Daerah ini mempunyai lObuah mukim. Kajian ini dijalankan di empat buah mukim ialah Pulau Tawar, Tem-beling, Pedah dan Tebing Tinggi. Jenis tanaman yangditanam dijerantut adalah seperti dijadual 3. Tanaman utamanya ialah kelapa sawit, koko, buah-buahan, getah dan tanaman jangka pendek.

Sampel untuk kajian ini dipilih dari senarai pckebun-pekebun kecil yang disediakan oleh pejabat RJSDA daerah. Sampel dipilih melalui kaedah persampelan rawak mudah.

Jenis dan Bentuk Data

Jenis data yang dikumpulkan dałam kajian ini ialah data primer dan data sekunder. Data primer dikumpulkan melalui borang soal selidik yangdiisi olch pembanci semada menem uduga para pekebun kecil di kawasan kajian.

Data primer yang ciikumpul adalah berkaitan dengan perbelanjaan kcluarga, komposisi dan saiz isirumah,jantina,umur, pekerjaan u tama dan tara! pelajaran. Maki umai perladangan seperti saiz ladang, hakmilik, kegunaan tanah, kemudahan pertanian, pengangkutan, perhubungan, jenis bidangusaha, input digunakan, output di kel u arkan, pendapatan ladang dan bukan ladang, pe-masaran, kredit dan kewangan juga dikutip. An-taralain,data-data iniakan digunakan untuk mem* bentuk belanjawan tanaman dan ternakan dan seterusnya menjadi input kepada model pempro-graman linear (LP).

Data sekunder pula dikumpul dan diperoleh daripada pelbagai agcnsi kerajaan seperti Jabatan Perangkaan Malaysiadan pejabat-pejabat pertanian. Data sekunder yang dikumpul ialah taburan jenis tanaman, pcnggunaan tanah, iklim, taburan hujan, bilangan pekebun kecil sebenar di kawasan kajian, jumlah penggunaan modal (agihan perbelanjaan) dan buruh bagi setiap tanaman dan ternakan seria jumlah hasil.

Analisis Data

Bagi data-data yang tclah dikumpulkan, kaedah analisis diskriptif dan pemprograman linear (LP) digunakan. LP digunakan bagi mendapaikan sistem perladangan yang optimum. Dałam kajian ini, LP digunakan sebagai suatu teknik merancang penggunaan sumbcr-sumber pengeluaran (input) yang terhad supaya keuntungan dapat di-maksimumkan.

Satu masalah yang dihadapi dałam kaedah ini ialah kescsuaiannya kepada tanaman jangka panjang seperti getah, kelapa sawit dan koko. Walau bagaimanapun masalah ini dapat diatasi dengan mendapatkan aliran tunai sepanjang hayat tana-man tersebut. mengira nilai kini tahunan aliran pendapatan dan perbelanjaan seterusnya mengira nilai kini pendapatan bersih tahunan. Dengan berbuat demikian, perbezaan-perbezaan yang timbul akibat daripada jangka hayat bidang-bidang usaha yang berlainan akan dapat dikurangkan.

Untuk kajian ini model pemprograman linear ialah seperti beri ku t:

objektif ialah untuk memaksimumkan:

Z = ICj Xj

j = »

tertakluk kepada pembatas-pembatas:

£ Ay Xj < bj dan X, > 0

J = 1

di mana:

C. = Vektor baris margin kasar sehektar bidang usaha j,

X. = Vektor lajur bidangusaha j,

A.^ = Metrik pękali input-output sum ber i satu unit bidangusaha j.

b. = Vektor lajur pembatas-pembatas sumber,

i = 1,2,.... m. (Bilangan input digunakan),

j = 1, 2, ..., n. (Bilangan bidang usaha dicadangkan).

PEN EM U AN KAJIAN

Si.stem Perladangan Semasa (SPS)

Seramai 125 pekebun kecil dari daerah Muar, 99 dariSepangdan 82 dari Jerantutditemuduga untuk kajian ini. Lebih daripada 70 peratus pekebun kecil berumur melebihi 41 tahun. Purata umur pekebun-pekebun kecil ialah 45 tahun di Muar, 48 tahun di Sepang dan 54 tahun di jerantut. Selain daripada usia yang agak lanjut, hampir semua pekebun kecil mendapat pendidikan setakat sekolah rendah sahaja.

Dari segi pekerjaan, kajian ini mendapati ada sebilangan pekebun kecil yang berkebun secara sam bila n. Di Sepang, seramai 32.3 peratus yang ditemuduga mempunyai pekerjaan utama selain

103


PERTANIKAYOL. 14N0.1, 1991



Wyszukiwarka

Podobne podstrony:
Pcrtanika 14(1). 101-109(1991)Pembangunan Sistem Perladangan:Kearah Penggunaan Sumber Secara Optimum
PEMBANGUNAN SISTKM PERIADANGAN: KEARAH PENGGUNAAN SEMBER SECARA OPTIMUM JADU AL 5 Matrik asas bagi s
PEMBANGUNAN SISTEM PERIADANGAN: KEARAH PENGGUNAAN SUM BER SECARA OPTIMUM dan 20 hektar. Hanya keluas
KEMENTERIAN ENERGI DAN SUMBER DAYA MINERAŁ BADAN PENELITIAN DAN RENGEMBANGAN ENERGI DAN SUMBER DAYA
00337 ?cc2c711f7435285954e5a4f8b72a11 340McCarville & Montgomery When applying the optimum guar
sm stuff draw1 Procision stocl gear* will provido you with optimum pcrformanco and durablllty for yo
WHERE THERFS A FINE TAPE RECORDER there snotę to owners To insure optimum recording ąualit
Re exposure of DSC03410 magistratu* Manet* manipulus mores maiorum municipium nobilitas nomen omen o

więcej podobnych podstron